Thursday, April 22, 2010

Utusan Malaysia

HULU SELANGOR 22 April - Semakan semula tarif mel domestik berkuatkuasa Julai depan tidak akan membebankan rakyat malahan akan membela nasib lebih 15,000 kakitangan Pos Malaysia, termasuk posmen dan kerani pos.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, ia kerana 90 peratus pengguna utama perkhidmatan pos dengan jumlah 1.2 bilion item mel setahun ialah pelanggan korporat, selebihnya adalah orang ramai.


''Penstrukturan ini dilakukan sebab tarif mel tidak pernah dikaji sejak 1992," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Mel Rakyat di Pejabat Pos Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Kabinet pada awal bulan ini bersetuju semakan semula dilakukan berhubung tarif dan harga setem surat standard kurang 20 gram daripada 30 sen kepada 60 sen bermula Julai ini.

Ini bagi membolehkan penstrukturan semula gaji dan elaun kakitangan Pos Malaysia terutama posmen dan kerani pos dapat dilakukan dengan hasrat meningkatkan produktiviti pekerja industri komunikasi itu.

Mengulas lanjut, Rais berkata, semakan tarif mel domestik akan menjimatkan subsidi RM76 juta setahun yang diberikan Pos Malaysia kepada pelanggan korporatnya.

''Dengan penjimatan itu, ia akan membolehkan gaji dan elaun kakitangan terlibat dinaikkan di antara RM100-RM300. Ini usaha kerajaan menjaga kebajikan Posmen dan Kerani Pos di negara ini," katanya.

Menurutnya, bagi memastikan semakan tarif itu tidak membebankan rakyat, Pos Malaysia memperkenalkan aerogram (surat berlipat) atau Mel Rakyat.

''Mel Rakyat merupakan perkhidmatan pos dengan kadar 30 sen ke serata negara bagi item mel kurang 20gram.

''Ia boleh dibeli di mana-mana pejabat Pos tanpa memerlukan setem sebelum pengguna boleh menghantar aerogram itu menggunakan peti pos biasa dengan tarif sama sebelum semakan tarif mel domestik itu dilakukan," katanya.

Beliau berkata, Mel Rakyat itu juga bertujuan untuk menggalakkan rakyat di negara ini menulis surat seperti zaman sebelum merdeka dahulu.

''Kini, orang ramai gemar menggunakan e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga melupakan tradisi mengarang yang bermula sebelum merdeka lagi.

''Bagi mengembalikan tradisi mengarang itu, Pos Malaysia memperkenalkan Mel Rakyat ini bagi menggalakkan orang ramai menulis surat kembali. Ia juga kaedah terbaik menjana pemikiran," katanya.


Ulasan:

Menteri ni tahu tak apa itu produktiviti? Nak bercakap tentang produktiviti kononnya. Lain kali kalau tahu tentang sesuatu terminologi, janganlah bercakap! Tak fasal-fasal kena komen tau!.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, kenaikan gaji tak pernah digunakan sebagai faktor yang dapat meningkatkan produktiviti. Ini adalah kerana pekerja-pekerja mana syarikat tetap menjalankan tugas hariannnya macam biasa wlaaupun gaji dinaikkan! Produktivitinya, kecekapannya menjalankan tugas tetap sama, samaiada gajinya dinaikkan atau tidak, datuk!

Jika hendak meningkatkan produktiviti, tingkatanlah kecekapan peralatan, kemahiran pekerja menggunakan peralatan berkenaan, perbaiki kaedah melakukan kerja dan lain-lain yang dapat meningkatkan kecekapan. Jika faktor gaji hendak juga dikaitkan juga sebagai faktor produktiviti ianya hanya bersifat sementara sahaja, iaitu motivasi pekerja itu mungkin meningkat tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Datuk, datuk.